Hasil Pam Susu Masih Banyak Walaupun Berpuasa
Alhamdulillah puasa kali ni rasanya yang paling seronok sekali. Setakat ni, gastrik tiada dan migrain juga tak menjengah. Harap-harap kesihatan saya baik hingga akhir ramadhan.
Tambah seronok susu ibu yang saya pam hari-hari dalam kereta on the way pergi kerja (balik rumah tak pam, nanti balik anak-anak dah tunggu nak nenen), dekat ofis masih banyak, tak berubah walaupun sedang berpuasa.
Hari-hari kumpul susu perahan lebih kurang 24oz-30oz setiap hari di tempat kerja. Abu Ayyub pula minum 3oz setiap sesi (sehari 4-5 kali minum botol). Oh, sikit sangat ye anak saya minum ^__^. Serius dia kenyang dan feedback dari mentua saya, cucu lelaki dia ni banyak tidur. Payah berjaga. Nak minum susu pun kena kacau bagi nangis. Hehe.




























