Cara Menyusukan Bayi Yang Betul
Pastikan cara menyusukan bayi adalah betul supaya bayi anda dapat menghisap (latch-on) susu anda semaksima mungkin. Cara menyusukan bayi yang betul juga memberi keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.
Pastikan Cara Menyusu Anda Betul
1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk
2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi
3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola. Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi
4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya.
5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum, pekat dan sedikit. Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara mengambil masa 5 hingga 10 minit.

6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
Bayi menelan susu
7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara bayi menyusu tidak betul
8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu
Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan lidahnya. Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.
Sharing Is Caring
1 comments:
nice info..:)
Catat Ulasan