Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

BERJAYA SUSUKAN ANAK LEBIH DUA TAHUN



BERJAYA SUSUKAN ANAK LEBIH DUA TAHUN

Lilypie Breastfeeding tickers

Allahmdulillah, bersyukur kepada Allah, saya berjaya menyusukan anak saya tanpa bantuan susu formula melepasi tempoh dua tahun dan sampai ke saat entry ini ditulis saya masih menyusukan anak saya. Pelbagai masam manis pengalaman menyusu selama tempoh dua tahun ini.

Sangat-sangat gembiranya dan terujanya saya menjelang hari lahir anak yang ke-2 tahun baru-baru ini. Saya share kan dengan kawan-kawan di ofis tetapi rasanya mereka anggap saya excited dengan hari lahir anak sebab Yaya merupakan anak pertama saya. Oh, bukan faktor itu sangat. Sebenarnya saya sangat teruja dengan umur anak yang ke-2 tahun kerana saya telah berjaya melengkap tempoh menyusukan anak selama dua tahun seperti yang di sarankan dalam surah Al-baqarah (Al-quran) dan juga saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Mereka mungkin tidak faham kerana mereka tidak menyusukan bayi masing-masing selama yang saya lakukan dan saya memahaminya.

Jujurnya, melaksanakan penyusuan bayi sehingga dua tahun bukan tugas yang mudah walaupun hakikatnya menyusukan anak sangat mudah berbanding menggunakan susu formula. Mungkin kenyataan saya akan menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah ibu, tetapi entry ini adalah berdasarkan pengalaman yang kutip sepanjang tempoh dua tahun.
Orang-orang yang mengenali saya, yang tidak menyusukan anak selama saya berfikir menyusukan bayi adalah tugas yang mudah, saya jenis wanita yang banyak susu, susu sentiasa banyak dan lain-lain sebab yang saya tidak boleh baca pemikiran mereka^__^. 

Sebenarnya banyak dugaan dan cabaran sepanjang menyusukan anak kerana saya juga berkerja. Apabila bekerja saya akan berjauhan dengan anak dan saya perlu mengepam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Saya perlu mematuhi konsep penyusuan "Lagi Banyak Permintaan. Lagi Banyak Pengeluaran Susu Ibu" untuk menjayakan tempoh penyusuan selama dua tahun ini, Sekiranya anda gagal mematuhi konsep ini maka sangat sukar untuk anda meneruskan penyusuan susu ibu tanpa penggunaan susu formula kepada anak selama dua tahun. 

Setiap sesi penyusuan terus dan pengepaman susu ibu membakar kalori ibu sebanyak 500 kalori dan tipulah jika saya tidak bersa penat dan lenguh semasa sesi penyusuan terus dan pengepaman ini. Demi kebaikan dan kesihatan anak saya sanggup berkorban walaupun sesetengah orang anggap saya seperti merungut apabila saya bercerita tentang pahit manis menyusukan anak. Bagi saya, cerita betul itu hakikat dan perlu supaya orang-orang disekeliling saya memahami keadaan saya dan boleh membantu saya, beri sokongan moral kepada saya seperti suami, kaum keluarga dan juga kawan-kawan kerja. 

Tipu juga jika saya kata sepanjang tempoh dua tahun penyusuan, bekalan susu ibu yang beku sentiasa penuh dalam freezer dan tidak pernah menyusut. Ya, bekalan saya pernah semakin menyusut hingga tiada langsung stok beku dalam freezer. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyusukan anak sepenuhnya tanpa campur tangan susu formula. Selalunya saya akan bangun di tengah malam 1-2 kali untuk mengepam bagi mencukupkan keperluan susu anak untuk keesokkan harinya. 

Bagaimana stok beku susu ibu saya boleh menyusut?. Bagi saya semuanya berdasarkan pengalaman, trial & error, tambahan ini merupakan penyusuan kepada anak pertama saya. Pelbagai cabaran, peristiwa yang saya tempuh, seperti stok susu beku tamat tempoh kerana tidak begitu pandai menguruskan stok susu beku, pehamaman mengenai teknik menguruskan susu beku yang salah, kurang mengepam (sakit, tidak  terbangun di waktu tengah malam untuk sesi 'power pumping' sekadar bangun 2-3kali untuk penyusuan terus kepada anak), pengeluaran susu ibu berkurang disebabkan faktor haid, tidak sihat, tekanan, penat, corak pemakanan, tidak pandai arrange masa yang sesuai untuk mengepam dll.

Walaubagaimanapun, saya tidak pernah berputus asa setelah beberapa kali berasa tertekan  berasa 'down' ,disebabkan pengeluaran dan bekalan susu yang berkurang, sebaliknya saya bangkit semula dengan teknik lain dalam menguruskan stok susu beku dan membanyakkan susu kembali. Saya buat 'trial & erro' tanpa jemu hanya disebabkan mahukan yang terbaik untuk anak yang sangat saya sanyangi.

Apabila saya mengalami masalah-masalah dan cabaran-cabaran sepanjang saya menyusukan anak, saya sudah tahu '"the do & the dont's" dalam menyusukan anak ini dan saya kongsikan tips-tips menyusu dengan rakan-rakan lain yang menyusukan anak dengan harapan dapat meminumkan kesalahan menguruskan stok susu ibu beku dan juga untuk memaksimumkan sebanyak yang mungkin stok susu beku.

Oh, ya!! Saya juga bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan supplement keluaran Shaklee yang membantu meningkatkan kesihatan, meningkatkan tenaga saya agar dapat bergerak aktif dan dapat menjayakan proses pengempaman susu ibu dan penyusuan terus, mengurangkan stress, mengurangkan kesakitan sendi dan lain-lain lagi. Pendek kata, supplement semulajadi Shaklee, sangat-sangat membantu memperbaiki tahap kesihatan saya dan membantu 'topup' zat dan nutrisi yang kurang dalam tubuh saya disebabkan corak pemakanan yang tidak seimbang dan juga menyusukan bayi memerlukan zat dan nutrisi yang berkualiti.

Sepanjang saya menyusukan anak, saya menekankan pengambilan air sekurang-kurang 3 liter sehari disebabkan saya mengambil supplement semulajadi yang 'pure' dan juga untuk membanyakkan pengeluaran susu badan saya. Supplement wajib yang saya amalkan sepanjang menyusukan anak adalah, Vitalea, B-complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, ESP, Mealshake dan juga  Ostematrix (kalsium, magnesium). Semua supplement ini banyak membantu saya kekal bertenaga dalam tempoh yang panjang, meningkatkan tahap keimunan saya yang mana apabila badan sihat, segar, cergas, saya dapat memperbanyakkan sesi pengepamaman dan saya tidak berasa letih dan stress terlampau yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran susu ibu.

Saya berharap entry saya yang tidak seberapa ini dapat membakar semangat ibu-ibu yang mahu menyusukan anak masing-masing agar tidak mudah menyerah kalah kepada susu formula kerana anak kita adalah anak manusia dan perlu menyusu dengan susu ibu (manusia) bukan susu selain manusia melainkan merupakan pilihan terakhir sekiranya tiada berjumpa ibu susuan.

Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.


1 comments:

Siti Nastasha Nordin berkata... Reply Comment

terima kasih untuk info, jemput ke blog saya untuk tips penyusuan yang menarik
TIPS PENYUSUAN UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU.

http://nastashanordin.blogspot.com/2014/09/tips-membanyakkan-susu-ibu-membuatkan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry