Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Corat-coret Menyusukan Anak

Semua orang cakap bagus la tiqah awak still breastfeed you daughter.. Even pn. bos saya pun support saya  dalam breastfeeding..kawan-kawan keje pun bagi support kat saya tolong jaga line bile saya pegi masuk 'rumah pam' nak pam susu..hehe saya kan keje kat PBA..hehe..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah..

Macamana saya boleh menyusu kan anak saya hingga ke saat ini. Saya bertuah dapat sokongan moral dari suami tercinta yang amat memahami naluri keibuan saya yang nak berikan hanya yang terbaik untuk anak saya. Ye, ramai orang tak percaya saya still breastfeed my daughter sebab atttitude saya yang kasar. Tapi bila bab anak saya akan jaga habis-habisan, dari susu, penjagaan harian, makanan semua saya akan siapkan sendiri sebelum hantar anak ke rumah mentua..harimau yang garang pun sayangkan anak kan..

Mak mentua pun suka saya susukan anak saya..selalu suami dan mak mentua yang tolong bawak anak pegi klinik untuk check perkembangan anak dan kena chocok yang ikut schedule tu...hehe..Diorang rasa bangga bagitau kat nurse anak masih menyusu dengan susu badan saya walaupun sekarang dia dah makan solid food.

Hmm..Alhamdulillah berkat izin Allah, Allah murahkan rezeki susu badan saya untuk anak perempuan saya. Hasil daripada sokongan moral, pengorbanan, kerja keras dan dugaan serta cabaran yang saya dan anak saya harungi dalam tempoh penyusuan ini. Adat ibu bekerjaya yang menyusu badan, pengeluaran susu akan selalu turun dan naik disebabkan beberapa faktor sekeliling..Ya, pernah 1 kali pam saya hanya dapat kumpul 1oz je untuk kedua-dua cikB..kenapa?..saya tak boleh makan ubat 'drugs' dari doctor sembarangan..even dah bagitau kat doktor saya menyusu badan taknak ubat yang beri  side effect kat pengeluaran susu..tp susu saya akan drop dengan drastik..selalu dapat 4oz..tiba-tiba dapat 1oz..Sedihh?..memang sedih..tapi saya bangkit dengan semangat baru.. saya bangun tengah malam buat power pumping..sebelum pegi keje buat power pumping lagi..kat ofis walaupun sangat sibuk sebenarnya, saya usahakan jugak pam 4 kali sehari..masa cuti pun saya still pam susu..

tapi apa-pun saya tak skip makan suplement set breastfeeding dari shaklee..sebab saya perlu sihat dan bertenaga nak buat power pumping, pam, jaga anak., keje, urus rumahtangga suma..Set B sangat-sangat membantu masa susu saya tengah drop, sama ada  ketika saya letih, sakit, period, tertekan etc. kerana dengan izin Allah s.w.t set breastfeeding bantu saya menghadapi dugaan-dugaan ini dengan jayanya. sebab seminggu-dua lepas tu pengeluaran susu saya boleh recover balik..kerana apa? kerana badan saya dapat cukup nutrien dan zat untuk saya kembali cergas, sihat dan ceria.. kerana setiap vitamin yang terkandung dalam set breastfeeding membantu meningkatkan kesihatan saya dan anak selain berfungsi sebagai milk booster..

Ringkasnya..bagi ibu-ibu yang baru dan sedang berjuang untuk menyusukan bayi kesayangan anda, jangan sekali-sekali mudah putus asa dan terus bagi susu formula kepada anak anda.. sebaliknya minta lah bantuan dari kawan-kawan yang juga menyusukan anak atau saya atau forum susuibu.com untuk berkongsi masalah anda. Menyusu badan memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi.. oleh itu, sekiranya stok susu yang dipam tak cukup untuk keperluan anak keesokkan hari.. usahakan diri anda untuk kerap mengepam dan buat power pumping kerana formula menyusu badan adalah lagi kerap anda pam dan menyusu lagi banyak susu yang dihasilkan.. dan jangan lupa ambil set breastfeeding untuk menambahkan lagi pengeluaran susu anda dan meningkatkan nilai tambah zat dan nutrisi yang terkandung dalam susu anda untuk tumbesaran anak yang seimbang. dan jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk membanyakkan susu kerana komponen utama susu badan adalah air!!


0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry