Manfaat Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi
Berdasarkan sepotong ayat dari al-Qur-an,
Saat menyusukan bayi adalah momen yang paling istimewa dan berharga. Ketika menyusukan bayi ini lah saat-saat keemasan untuk membentuk jalinan ikatan yang lebih erat dan mesra antara ibu dan anak. Sewaktu menyusu ibu dan bayi saling bertatapan mata, bayi merenung lebih dekat muka si ibu dan juga dapat menyentuh muka ibunya, selain berasa selesa dalam dakapan penuh kasih sayang dan mesra si ibu dan juga masih boleh mendengar degupan jantung ibu sama ketika si bayi masih dalam perut ibu, membuatkan bayi menjadi tenang, yakin, berasa selamat, berasa dilindungi dan berasa disayangi.
'...Dan ibu -ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu' - Surah al-Baqarah.
Saat menyusukan bayi adalah momen yang paling istimewa dan berharga. Ketika menyusukan bayi ini lah saat-saat keemasan untuk membentuk jalinan ikatan yang lebih erat dan mesra antara ibu dan anak. Sewaktu menyusu ibu dan bayi saling bertatapan mata, bayi merenung lebih dekat muka si ibu dan juga dapat menyentuh muka ibunya, selain berasa selesa dalam dakapan penuh kasih sayang dan mesra si ibu dan juga masih boleh mendengar degupan jantung ibu sama ketika si bayi masih dalam perut ibu, membuatkan bayi menjadi tenang, yakin, berasa selamat, berasa dilindungi dan berasa disayangi.
Pakar Perunding Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr. Seri Suniza Sufian juga mengakui, penyusuan ibu sekurang-kurangnya sejam pertama selepas kelahiran akan dapat mempercepatkan pembentukan susu ibu.Keadaan ini secara tidak langsung dapat memberi kesempatan kepada ibu untuk melihat dan menyentuh bayi yang baru dilahirkan secara dekat serta mesra. Sentuhan dan renungan di antara ibu dan anak adalah rangsangan penting dalam menjalin hubungan antara mereka.