Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

FAEDAH KHASIAT SUSU IBU

FAEDAH KHASIAT SUSU IBU


Susukan lah bayi anda secepat mungkin dalam masa setengah jam pertama selepas kelahiran bayi anda. Kerana dalam masa tiga hari payudara ibu menghasilkan kolostrum yang merupakan makanan TERBAIK bagi bayi baru lahir. Kolostrum adalah sejenis cecair pekat yang berwarna kekuningan yang sangat kaya dengan air, protein, gula, vitamin, mineral dan antibodi untuk meningkatkan tahap keimunan bayi. Kemudian sudahkanlah proses penyusuan anda sekurang-kurangnya dua tahun atau lebih mengikut kehendak bayi anda.
Tahukah anda susu ibu lebih mengandungi lebih 300 zat dan nutrien berbanding susu tepung yang mana kebanyakkannya para saintis tidak mengetahui bagaimana untuk menghasilkan zat-zat dan nutrisi untuk tambah nilai khasiat pada susu-susu tepung supaya hampir sama dengan keadaan zat dan nutrisi dalam susu ibu.

Betapa bernilainya susu ibu ini. Malah, susu ibu juga penyelamat nyawa bagi bayi-bayi pra-matang!! Di mana, penyusuan secara eksklusif dan kerap membantu tubuh bayi meningkatkan tahap keimunan  untuk melawan jangkitan. Berdasarkan fakta, risiko kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi.

  • Bayi dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan - kadar kematian antara 30%-50%
  • Bayi dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan - kadar kematian antara 80%-100%
  • Bayi dilahirkanlebih 34 minggu usia kandungan - 90% peluang untuk hidup
Setelah tiga hari baru payudara ibu menghasilkan susu yang mengadungi semua nutrien untuk tumbesaran bayi yang mana susu ibu mengandungi asid amino, gula, lemak dalam jumlah yang diperlukan bayi mengikut keperluan dan tumbesaran bayi. Khasiat susu ibu akan berubah-ubah mengikut keperluan tumbesaran (umur) bayi.

Bayi yang menyusu badan berisiko rendah terhadap kebanyakkan jangkitan akut dan kronik di peringkat awal kehidupannya berbanding bayi susu formula. Selain itu sifat susu ibu yang mudah hadam, menjaga kandungan ph usus perut bayi yang mana risiko bayi untuk mengalami masalah penghadaman.

Oleh itu ikutlah saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mengesyorkan ibu-ibu menyusukan bayi masing-masing secara eklusif pada 6 bulan pertama supaya bayi mendapat khasiat yang secukupnya agar dapat membina tulang yang kuat, tahap imun yang tinggi dan tumbesaran yang stabil. Kemudian sambung lagi penyusuan anda disamping memperkenalkan bayi masing-masing dengan makanan pelengkap sesuai dengan perkembangan usianya.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry