Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Manfaat Penyusuan susu Ibu Kepada Bayi

Manfaat Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi


Berdasarkan sepotong ayat dari al-Qur-an,


'...Dan ibu -ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu' - Surah al-Baqarah.



Saat menyusukan bayi adalah momen yang paling istimewa dan berharga. Ketika menyusukan bayi ini lah saat-saat keemasan untuk membentuk jalinan ikatan yang lebih erat dan mesra antara ibu dan anak. Sewaktu menyusu ibu dan bayi saling bertatapan mata, bayi merenung lebih dekat muka si ibu dan juga dapat menyentuh muka ibunya, selain berasa selesa dalam dakapan penuh kasih sayang dan mesra si ibu dan juga masih boleh mendengar degupan jantung ibu sama ketika si bayi masih dalam perut ibu, membuatkan bayi menjadi tenang, yakin, berasa selamat, berasa dilindungi dan berasa disayangi


Pakar Perunding Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr. Seri Suniza Sufian juga mengakui, penyusuan ibu sekurang-kurangnya sejam pertama selepas kelahiran akan dapat mempercepatkan pembentukan susu ibu.Keadaan ini secara tidak langsung dapat memberi kesempatan kepada ibu untuk melihat dan menyentuh bayi yang baru dilahirkan secara dekat serta mesra. Sentuhan dan renungan di antara ibu dan anak adalah rangsangan penting dalam menjalin hubungan antara mereka.

Bayi yang menyusu badan sebenarnya akan lebih berkeyakinan kerana mendapat kasih sayang dan juga perhatian yang secukupnya.Selain itu penyusuan susu ibu ini merupakan satu jaminan kasih sayang yang utuh antara ibu dan anak sepanjang hayat!! bukan sekadar ketika si bayi kecil sahaja.!!


Ramai ibu bapa moden yang risau penyusuan susu ibu kepada bayi akan menyebabkan anak tidak boleh berenggang dengan si ibu, tetapi sebenarnya anak yang rapat dengan ibu bapa mudah dilentur dan dibentuk keperibadiannya kerana dia sering akan mencari ibu bapa sebagai tempat rujukannya ketika menghadapi masalah dan bukannya kepada kawan-kawan sebagai tempat mengadu. Bukankah penyusuan susu ibu itu lebih elok untuk membentuk keperibadiaan cemerlang si anak?!!

Betapa bernilainya susu ibu ini buat si manja anda kerana:

  • Susu ibu memberi keperluan pemakanan yang sempurna mengikut perkembangan bayi. 
  • Susu ibu juga sentiasa berubah-ubah mengikut suhu persekitaran, dimana apabila cuaca panas tekstur susu berubah menjadi cair, bertujuan untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu sebrlum mengenyangkan. Apabila cuaca sejuk, tekstur susu berubah menjadi lebih pekat (kandungan lemak lebih banyak dari air) yang dapat menghangatkan dan memberi keselesaan kepada bayi kala cuaca sejuk

  • Susu ibu juga mengadungi protein, lemak dan omega-3 yang mudah dihadam untuk perkembangan mental dan fizikal yang optimum berbanding susu formula (saya akan bincangkan dalam topic yang lain nanti)
  • Susu ibu juga sebenarnya dapat meransang perkembangan otak dan sistem saraf bayi, yang membuatkan si manja lebih cepat belajar dan perasaan ingin tahu 'explore' itu lebih menebal dalam diri mereka.
  • Susu ibu memberikan antibodi di fasa awal kelahiran bayi, di mana ketika ini tubuh bayi amat-amat lemah dan susu ibu dapat memberikan antibodi mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana susu ibu mengandungi vitamin A dan E, mematangkan usus (mengurangkan kolik), mencegah alahan, mengeluarkan mekonium dari saluran pencernaan tubuh bayi.

  • Susu ibu mengelakkan dihidrasi kepada bayi ketika demam dan dapat menyembuhkan demam dengan lebih cepat. Jadi kerapkanlah menyusukan bayi anda ketika si manja demam
  • Susu ibu amat bersesuaian dengan ph tubuh bayi kerana susu ibu adalah dari sumber manusia jadi amat-amat sesuai dengan keperluan perkembangan seorang manusia yang baru lahir. sebab itu Allah kurniakan susu ibu kepada wanita yang bergelar ibu, bukan sekadar mencipta susu ibu sahaja!!

  • Susu ibu menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser dikalangan kanak-kanak.

  • Susu ibu dapat mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia (jangkitan paru-paru), meningitis (radang membran pelindung yang menutupi otak dan sumsum tulang belakang) dan cirit birit pada bayi.
  • Susu ibu dapat melindungi bayi daripada alahan seperti kolik, penyakit kulit, hidung, lelah, cirit birit, muntah serta alahan pada makanan.

  • Susu ibu dapat mengurangkan risiko penyakit usus (necrotising entrolitis) di kalangan bayi pramatang
  • Susu ibu dapat mengurangkan kerosakan gigi, penglihatan, mengurangkan kelemahan pertuturan serta membantu perkembangan rahang.
  • Susu ibu memberi jaminan kesihatan pada masa panjang iaitu apabila si bayi dewasa kelak bukat setakat ketika si manja kecil sahaja. Dimana susu ibu membentuk sistem imun yang tinggi kepada bayi sedari kecil yang dapat mengurangkan masalah-masalah kesihatan apabila dewasa kelak seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser, obesiti dan lain-lain
  • Susu ibu dapat mengurangkan risiko kematian mengejut bayi (SIDS) yang mana bayi yang menyusu dengan susu formula dari hari pertama kelahiran lebih berisiko untuk mengalami simptom ini.

  • Susu ibu tersedia pada bila-bila masa, suhu susu ibu adalah mengikut suhu badan dan juga sentiasa tersteril membuatkan susu ibu amat kuarang tercemat berbanding susu fomula atau susu lain.

  • Susu ibu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, dimana semenjak dari bayi, bayi tersebut sudah mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya dan ini membentuk keperibadian cemerlang apabila dewasa kelak. Bayi yang menyusu susu ibu lebih berkeyakinan, ceria dan cergas ^_^.

Jadi berikanlah bayi anda susu ibu dari sejam pertama kelahirannya kerana komposisi kolustrum yang hanya wujud dalam payudara ibu dalam tiga hari pertama dapat membina antibodi melawan penyakit dan dapat mencegah jaundis kepada bayi kerana susu ibu terutama kolostrum juga sejenis 'laksatif' semulajadi (berfungsi seprti julap) yang dapat mempercepatkan pembuangan mekonium (mekonium yang masih terkumpul dalam usus bayi akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah)!!.. bukannya cari dan beri anak anda minum susu kambing!!..Ya, memang betul susu kambing itu, adalah susu yang terbaik selain susu ibu dan merupakan makanan sunah Rasulullah s.a.w tetapi Allah telah menganugerahkan susu ibu yang mengandungi lebih 300 khasiat untuk kebaikan dan tumbesaran bayi. 

Berikanlah anak anda penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan pertama kemudian berikanlah bayi anda makanan pelengkap dan teruskanlah penyusuan susu ibu sehingga bayi mencapai 2 tahun atau lebih mengikut kehendak ibu dan anak berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Penyusuan secara eklusif (hanya susu ibu semata tanpa makanan dan juga air masak!!) adalah penting untuk mencapai pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan yang sebaiknya.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry