"Mama" .."mama, tengok Art Attack dah start". Anak sulung saya memang suka menonton rancangan Art Attack. Dan dia juga kreatif. Mungkin hasil dari kebaikan konsisten makan Omega Guard dan Shaklee semenjak dia berumur setahun setengah.
Bagus la cerita Art Attack ini. Anak saya sampai kelam kabut kemas permainan dia semata-mata nak tumpukan perhatian tengok tugasan Art Attack. Saya pun layan juga dia menonton siri asah kreativiti minda anak-anak ni.
Contoh hari tu episod membuat rumah idaman dari bahan-bahan terbuang. Saya cakap pada si anak agar kita membuat rumah idaman seperti itu bersama. Seronok sungguh si anak. Terpancar cahaya kegembiraannya dari wajahnya yang polos. Terasa sedih, selama ni ada masanya saya sedikit terabaikan si anak sulung sejak mendapat si adik.
Apabila si adik tidur, kami mulakan aktiviti Art Attack versi kami sendiri.