Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Ada Apa Di Pagi Hari Raya Haji Tahun Ini

Hari ni Hari Raya AidilAdha. Musim orang pergi haji dan menunaikan umrah juga. Dikesempatan hari yang mulia ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.


Yang sedikit menariknya saya sedang taip entry ni dalam kereta sambil pangku anak yang sedang menyusu badan. Alhamdulillah Allah permudahka segalanya.

Kami sedang dalam perjalanan balik kampung saya di Perak. Alhamdulillah suami dapat cuti lama sikit kalini. Jadi ini adalah pagi raya yang tenang dan bermakna bagi kami sekeluarga.

Ok, tak boleh cerita panjang-panjang. Takde idea pun ye juga. Haha. Tapi yang terpenting nak jaga kepala. Kelmarin dalam migrain menyerang sempat lagi post satu entry. 

Tapi lepas tu terus lemah tak boleh buat apa. Nak kemas barang balik kampung pun tak boleh. Itu yang balik kampung pagi raya yang sejuk-sejuk ni.

Itulah bila awal sakit memang tak teringat. Bila tahap dah tak boleh bangun baru teringat kat B Complex dan Ostematrix. Dua supplement ni memang banyak membantu saya ketika sedang diserang migrain.

Dalam setengah jam ke satu jam selepas makan, dengan keadaan tak lalu nak lapik perut pun masa makan supplement ni, perlahan-lahan rasa sakit kepala yang melampau sampai rasa loya tahap nak muntah tapi tak boleh muntah dan rasa nak hantuk kepala kat dinding tapi tak mampu nak duduk pun berkurang dan hilang. Huhu.

Jadi kelmarin rehat aje lebih setengah hari ,  cuba tidur dan bersenang lenang dapat bantu masalah sakit kepala saya berkurang dengan lebih cepat. 

Jadi dapat berkemas-kemas malam tadi dan sekarang sedang berada di atas highway Utara-Selatan dan tak lama lagi sampai kampung. Yeayyy.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry