Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Promosi Beli 2 Kotak Nutriferon Dan Dapatkan Diskaun 5% Februari 2016

Bukan ahli je tau. Orang yang tak jadi ahli pun boleh dapatkan diskaun 5% ni tapi pada harga retaillah. Ha, jimat dua kali ganda tak kalau korang mendaftar jadi ahli? Nanti dahla dapat beli Nutriferon ni pada harga ahli, lepas tu dapat pulak lagi diskaun 5% memang sangat jimat.

Ok, sempena promosi Nutriferon bulan Februari ni jom pakat-pakat beli. Bukan orang deawasa je, untuk anak-anak pun boleh, lepas diorang baik sakit terutamanya, boleh mulakan regim ambil nutriferon ni untuk tingkatkan kekebalan sistem pertahanan badan anak-anak.




Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com



Promosi Nutriferon Beli 6 Percuma 1 Februari 2016

Nutriferon ni special tau. Bukan supplement antioksidan tetapi suplement interferon yang telah dihasilkan setelah kajian selama 40 tahun dan megkaji beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 lebih jenis herba yang digunakan oleh saintis Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954.

Menariknya korang takkan jumpa pun supplement interferon ni kat kedai-kedai biasa. Cuma pengedar shaklee dan cawangan kedai shaklee je yang ada jual Nutriferon ni.

Berbaloi ke beli?

Kalau korang atau ahli keluarga atau anak-anak selalu sakit memang wajib ambil nutriferon ni. Anak saya yang sakit tonsil pun saya berikan dia nutriferon ni. Opppsss, nutriferon ni hanya boleh diambil sedari umur satu tahun ke atas je.

Apa hebatnya Nutriferon ni?

Dalam masa 3 hari je sistem imun badan kita akan menjadi kuat untuk mengerahkan antibodi tubuh membunuh segala jenis parasit dan juga virus. 

Nutriferon ni juga melawan semua radikal bebas yang tersembunyi dalam tubuh yang menyebabkan masalah penuaan dan lain-lain masalah kesihatan.

Bulan Februari ni sempena tahun baru cina, oleh kerana serbuk Nutriferon ni berwarna oren keemasan mungkin ianya dipilih sebagai produk promosi pada bulan ni. Hehe.

Beli 6 kotak Nutiferon dan percuma 1 kotak. Dalam 1 kotak ni ada 30 stick.




Supplement, Tingkatkan, Pertahanan, Tubuh, Badan, Sistem, Imun, Ganti, Pengganti, Ubat, Masalah, Penyakit, Jerawat, Demam, Tonsil, Batuk, Selesema, Stress, Sakit Belakang



Atiqah Aziz @ 0125770682
atiqahaziz84@gmail.com

Beza Menjaga Anak Lelaki Dan Perempuan

Topik ni biasa je kot. Tapi nak share juga lah pengalaman jaga anak sepasang ni. Yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Beza umur mereka tiga tahun. Dan inilah ceritanya

Anak perempuan saya sangat manja. Perlu berteman, sentiasa cari mama dia kalau tak nampak depan mata. Setiap setengah jam saya duduk di SOHO pada waktu tengah malam mesti dia akan terbangun. 

Kadang-kadang bukan nak menyusu sangat. Lebih kepada hangatnya dan bau badan mama tiba-tiba takde sekejap. Hehe

Anak lelaki dah kenyang dia buat hal sendiri, main dengan kakak atau abah bersama-sama. Tapi bila nampak kelibat mama je.."Huaaaaaaaaa, nenen time mama".

Anak lelaki jenis tak kisah sangat. Tapi lasak dia, eksplorasi dia lebih dari anak yang perempuan. Anak perempuan dapat main masak-masak, main anak patung melukis, menari, lompat lari sana sini sikit dah ok. Yang anak lelaki. Semua ceruk, semua benda yang kakak tak pernah usik dia akan pergi dan mencuba.

Bukan kakak tak reti tapi bila kita terangkan jangan main atau usik barang tu nanti dot dot dot, dia pun pahamlah. Anak bujang saya? "Ada aku kesah?" katanya T__T. 

Selalunya bila dia dah macam detective conan atau macam askar nak pegi perang tu, meligat sangat, Abah dia la yang tolong calm down dia. Lelaki dengan lelakikan, Abah jadi abah tahulah nak control anak lelaki dia. Hehe.

Anak-anak saya ni kadang-kadang macam oggy and the cockroaches, kadang-kadang baik pulak macam doraemon dengan nobita. 

Tapi part yang paling diorang bersatu hati, bila nak makan vitamin. Tak gaduh, tak kedekut! Siap tolong pergi bagikan lagi. Haaa...Kalau kakak makan vitamin adik pun mesti makan jugak.

Itula dia serba sikit beza anak lelaki dengan perempuan saya. Nanti-nanti ada cerita best saya share di sini lagi

Susu Badan Sikit Bukan Alasan Untuk Bagi Susu Formula

Sambil mengadap laptop sambil makan limau mandarin. Hehe. Ok, tajuk susu badan sikit di atas tak menggambarkan saya kerek plus kejam ok. Memang saya along, tapi saya nak tolong. Along dalam family je. Peace!

Bukan saja nak cakap, tapi ramai yang ingat menyusu dan hasilkan stok susu ni senang. Pam jelah nanti keluarlah, suakan jelah nenen kat mulut baby nanti keluarlah susunya. No-no-no and the BIG NO!!!

Penyusuan susu ibu bukan satu pekerjaan yang mudah tetapi hasilnya sangat berbaloi. Tengok belum apa-apa lagi kaum wanita dah ada #2kerja. huhuhu. 

Eh, kita sendiri yang usaha menyusukan anak, usaha kumpul stok susu dah tentulah kita rasa berbaloi sangat dengan setiap satu kalori yang dikeluarkan tau. Kita akan bahagia dan rasa bangga sangat dengan usaha jerih perih kita apabila:
  1. Anak membesar dengan baik
  2. Cergas dan Aktif
  3. Ceria
  4. Stok susu yang dikumpul dapat bantu jayakan penyusuan hingga dua tahun
  5. Lebih cepat sihat dan kuat daya tahan tubuhnya
  6. Cerdas
  7. Lebih rapat dengan ibu
  8. Berjaya menyusukan anak sendiri sampai dua tahun tak perlu topup susu formula
  9. Jimat duit susu setiap bulan
  10. Carta tumbesaran normal
Tapi, masih ramai lagi yang give up nak menyusukan anak bila picit-picit nenen tiada susu, susu badan kering atau susu badan yang keluar sikit je. Atau pam susu tak lebih 1/2oz - 2oz. Orang lain pam dapat 10oz. Ok, saya give up lah.

Helloo, Give Up tu sifat syaitonirrojim tau. Dia suka tengok anak cucu cicit ni dalam keadaan negatif setiap waktu. Big NO lagi!! Tambah anda tu tengah menyusukan anak. Stress, tak hepi boleh jejaskan pengeluaran susu ibu tau

Pertama, sesiapa jua yang baru melahirkan anak pertama kali susu badan akan keluar sikit je. Bayi baru lahir perut besar sebiji guli je dan menjelang sebulan perutnya bersaiz sebiji telur je. Jadi abaikan kata-kata orang baby tak kenyang atau orang duk bising susu badan korang tak banyak.

Kalau ada yang cakap macam tu, tanya dia (kalau wanita) atau isteri (kalau lelaki) dia menyusukan anak sepenuhnya tanpa campur susu formula sampai dua tahun tak? Uishhh, nampak kurang ajar ye. tapi, orang yang cakap tu tak reti pulak nak jaga perasaan ibu dalam pantang ye?

Tak pelah tak payah menjawab, doakan je kebaikan untuk orang yang hanya pandai bercakap tu. Sebaliknya, penuhkan ilmu di dada sedari awal-awal mengandung. Teori tak sebiji dengan praktikal tau. Dah merasai pengalaman menyusukan anak baru tahu.

Macamana susu badan orang lain boleh banyak susu badan kita sikit je. Caranya mudah je
  1. Jaga pemakanan
  2. Minum air putih - 1litre=22.7kg berat ibu (air warna lain tak campur ek)
  3. Kurangkan stress
  4. Kosongkan payudara sepenuhnya setiap 2-3 jam
  5. Buat stok sedari awal pantang (sebaiknya selepas susu kolostrum bertukar warna putih biasa)
  6. Ambil supplement untuk galakkan pengeluaran susu badan dan kuatkan, sihatkan badan ibu
  7. Pastikan anak lebih kerap direct feeding untuk menggalakan lebih banyak hormon prolaktin dihasilkan
  8. Konsisten dan konsisten dan terus konsisten amalkan step-step di atas sehingga dua tahun
  9. Elakkan sifat malas
Mana ada lahir-lahir terus banyak susu. Melainkan kalau dah memang rezeki dari Allah. Cuba tanya ibu-ibu tu kalau korang nampak susu badan dia banyak. Awal-awal lepas lahir memang banyak macam tu ke?

Jadi jangan sesekali give up bila susu badan ibu sikit dan terus pergi beli susu tepung. Mula-mula search internet dan carilah orang yang pakar pasal penyusuan susu ibu dan dapatkan advise mereka ok macam saya ^__^



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail,com





Rahsia Tambah Susu Badan Semula

Biasanya susu badan kurang ni tak mengejut sebenarnya melainkan kalau kita pertama kali puasa atau kurang makan atau minum dari kebiasaanya. Ini pun kalau kurang masih tak menjejaskan keperluan susu ibu untuk anak.


Bila ibu kerap buat perkara-perkara seperti ini:
  • Semakin jarang pam susu
  • Semakin jarang menjaga waktu makan dan pemakanan hari-hari
  • Ibu mula sibuk berdiet
  • Ibu tak peka dengan tempoh penggantian alat-alat pam susu ibu
  • Mula kurang minum air setiap hari  - 1 litre air putih bersamaan dengan 22.7kg berat ibu
  • Mula kurang buat stok susu ibu beku


Maka susu badan mula menyusut perlahan demi perlahan. Kadang-kadang ibu sedar tapi dengan macam-macam perkara dan kadang-kdang ibu ambil enteng je. Sebab –> takpe, stok susu banyak lagi.

Kita jadi akan gelabah apabila hasil pam susu badan seharian tidak lagi mencapai keperluan anak. Katalah anak menyusu 5 botol sehari dengan amaun  5oz. Ibu perlu pastikan dia dapat kumpul 25oz atau lebih setiap hari dan frozen ebm juga semakin menyusut.

Masa nil ah waktu yang paling kritikal sekali.

Bolehkah diselamatkan? Insyaallah boleh.

Nak tahu?

Kena ikut semua step yang saya beritahu nanti.

1. Konsisten

- Konsisten waktu pam dan menyusu
- Konsisten hasilkan stok ebm
- Konsisten jaga pemakanan
- Konsisten minum air putih
- Konsisten ambil milk booster

Tanpa konsisten apa pun tak jadi.


2. Kepentingan Milk Booster

Ada orang cakap jaga makan je. Tak payah ambil supplement. Kalau masalah penghasilan susu badan anda dalam keadaan kritikal. Anda amat perlukan supplement yang membantu menggalakkan semula pengeluaran susu badan.

Kenapa?

Tak semua tubuh ibu-ibu mampu absorb zat-zat yang diperolehi dari makanan. Dan tak semua ibu mampu sebenarnya nak ambil makanan-makanan yang berkhasiat secukupnya. Dan cara hidup setiap individu pun lain.

Set vitamin tambah susu ibu memberikan keperluan menyeluruh kepada ibu yang menyusukan dalam perjuangan meneruskan penyusuan sepenuhnya sehingga dua tahun.

Set vitamin tambah susu membantu dari segi meningkatkan kesihatan ibu, memberikan tenaga sepanjang hari, menjaga emosi dan mengawal stress ibu serta memastikan pengeluaran susu ibu tetap banyak dan dapat menampung keperluan anak setiap hari.

Ada orang cakap juga “anak saya perlukan jumlah oz yang banyak setiap hari dan keperluannya meningkat saban bulan”.

Percayalah jika anda konsisten ambil set vitamin ibu menyusu ni, takkan ada masalah anak tak cukup susu. Rata-rata ibu yang ambil set menyusu ni secara konsisten ini, anaknya tidur lebih lena, kurang meragam, cukup keperluan menyusunya. Susu ibu pula kekal pekat setiap hari.


3. Periksa berkala pam susu anda

Sentiasa peka dengan keadaan pam kita. Jaga sebaik-baiknya pam susu ini. Kita nak pakai lama. Elakkan dari terjatuh, atau dirosakkan. Elakkan juga dari capaian anak-anak. Pastikan juga pam anda diservis dan diperiksa selalu.

Membran pam perlu diganti mengikut keperluannya. Tengok balik buku panduan. Corong/membran pam juga perlu diganti setiap tahun untuk mengekalkan kebersihan dan keberkesanan mengepam juga.

Dengan tiga step yang mudah ini anda pasti dapat menyediakan stok yang secukupnya untuk keperluan anak tanpa perlu runsing setiap bulan. Dan pasti anda juga berjaya menyusukan si manja kesayangan anda sepenuhnya sehingga dua tahun atau lebih.

Pastikan juga anda dapatkan Set Vitamin Tambah Susu Ibu hari ini



Cara Nak Tambah Susu Badan, Cara Tambah Susu Badan Selama Puasa, Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kering, Tambah Susu Badan Ibu, Tambah Susu Badan Tanpa Supplemen


Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail.com

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry