Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Susu Badan Sikit Bukan Alasan Untuk Bagi Susu Formula

Sambil mengadap laptop sambil makan limau mandarin. Hehe. Ok, tajuk susu badan sikit di atas tak menggambarkan saya kerek plus kejam ok. Memang saya along, tapi saya nak tolong. Along dalam family je. Peace!

Bukan saja nak cakap, tapi ramai yang ingat menyusu dan hasilkan stok susu ni senang. Pam jelah nanti keluarlah, suakan jelah nenen kat mulut baby nanti keluarlah susunya. No-no-no and the BIG NO!!!

Penyusuan susu ibu bukan satu pekerjaan yang mudah tetapi hasilnya sangat berbaloi. Tengok belum apa-apa lagi kaum wanita dah ada #2kerja. huhuhu. 

Eh, kita sendiri yang usaha menyusukan anak, usaha kumpul stok susu dah tentulah kita rasa berbaloi sangat dengan setiap satu kalori yang dikeluarkan tau. Kita akan bahagia dan rasa bangga sangat dengan usaha jerih perih kita apabila:
  1. Anak membesar dengan baik
  2. Cergas dan Aktif
  3. Ceria
  4. Stok susu yang dikumpul dapat bantu jayakan penyusuan hingga dua tahun
  5. Lebih cepat sihat dan kuat daya tahan tubuhnya
  6. Cerdas
  7. Lebih rapat dengan ibu
  8. Berjaya menyusukan anak sendiri sampai dua tahun tak perlu topup susu formula
  9. Jimat duit susu setiap bulan
  10. Carta tumbesaran normal
Tapi, masih ramai lagi yang give up nak menyusukan anak bila picit-picit nenen tiada susu, susu badan kering atau susu badan yang keluar sikit je. Atau pam susu tak lebih 1/2oz - 2oz. Orang lain pam dapat 10oz. Ok, saya give up lah.

Helloo, Give Up tu sifat syaitonirrojim tau. Dia suka tengok anak cucu cicit ni dalam keadaan negatif setiap waktu. Big NO lagi!! Tambah anda tu tengah menyusukan anak. Stress, tak hepi boleh jejaskan pengeluaran susu ibu tau

Pertama, sesiapa jua yang baru melahirkan anak pertama kali susu badan akan keluar sikit je. Bayi baru lahir perut besar sebiji guli je dan menjelang sebulan perutnya bersaiz sebiji telur je. Jadi abaikan kata-kata orang baby tak kenyang atau orang duk bising susu badan korang tak banyak.

Kalau ada yang cakap macam tu, tanya dia (kalau wanita) atau isteri (kalau lelaki) dia menyusukan anak sepenuhnya tanpa campur susu formula sampai dua tahun tak? Uishhh, nampak kurang ajar ye. tapi, orang yang cakap tu tak reti pulak nak jaga perasaan ibu dalam pantang ye?

Tak pelah tak payah menjawab, doakan je kebaikan untuk orang yang hanya pandai bercakap tu. Sebaliknya, penuhkan ilmu di dada sedari awal-awal mengandung. Teori tak sebiji dengan praktikal tau. Dah merasai pengalaman menyusukan anak baru tahu.

Macamana susu badan orang lain boleh banyak susu badan kita sikit je. Caranya mudah je
  1. Jaga pemakanan
  2. Minum air putih - 1litre=22.7kg berat ibu (air warna lain tak campur ek)
  3. Kurangkan stress
  4. Kosongkan payudara sepenuhnya setiap 2-3 jam
  5. Buat stok sedari awal pantang (sebaiknya selepas susu kolostrum bertukar warna putih biasa)
  6. Ambil supplement untuk galakkan pengeluaran susu badan dan kuatkan, sihatkan badan ibu
  7. Pastikan anak lebih kerap direct feeding untuk menggalakan lebih banyak hormon prolaktin dihasilkan
  8. Konsisten dan konsisten dan terus konsisten amalkan step-step di atas sehingga dua tahun
  9. Elakkan sifat malas
Mana ada lahir-lahir terus banyak susu. Melainkan kalau dah memang rezeki dari Allah. Cuba tanya ibu-ibu tu kalau korang nampak susu badan dia banyak. Awal-awal lepas lahir memang banyak macam tu ke?

Jadi jangan sesekali give up bila susu badan ibu sikit dan terus pergi beli susu tepung. Mula-mula search internet dan carilah orang yang pakar pasal penyusuan susu ibu dan dapatkan advise mereka ok macam saya ^__^



Atiqah Aziz @ 012-5770682
atiqahaziz84@gmail,com





0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry