Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Stok Susu Ibu Banyak Terpaksa Beli Deep Freezer

Stok Susu Ibu Banyak Terpaksa Beli Deep Freezer

Ha..Dari tajuk pun dah tau. Iye, benar!. Stok susu ibu yang saya simpan untuk Abu Ayyub di kedua-dua peti ais  jenis dua pintu saya hampir penuh.

Sampai ada satu hari tu menangis di tepi pokok bunga sambil siram susu yang dah rosak pada pokok bunga di subuh yang hening. Beberapa stok EBM yang saya simpan rosak sebab pintu freezer tidak ditutup rapat sebab di bahagian pintu susunan stok EBM dah penuh.

Meleleh-leleh air mata siram susu ibu  pokok bunga tu. Suamiku yang rajin sedang jemur kain sebelum pergi kerja pun turut sedih. Tersentuh lihat isteri dia sedih. Dia pun faham macamana isteri dia berusaha gigih kumpul stok susu ibu untuk anak-anak tersayang. 

Deep freezer yang pernah ada dalam senarai idaman hati suatu ketika dulu dicantas oleh suami. Katanya tak perlu. Nanti bil elektrik naiklah. Nak susun kat manalah. Kini suami dah setuju nak belikan. Kesian kat isteri dan sayang membazir susu yang dah dipam tu.

Kiranya saya beli deep freezer tak silap, tak sampai sebulan mula bekerja selepas cuti berpantang. Saya dapat cuti pantang dua bulan sahaja.

Beli jenama china sahaja. Jenama Hisense. Kapasiti 1.3 liter. Harga dalam RM499. Anggaran luas deep freezee Hisense ni adalah lebih kurang bersamaan 2 freezer peti ais 2 pintu.

Jadi semua stok EBM saya dah pindahkan dan hampir penuh juga deep freezer tu sampai boleh beri pada anak susuan. Comel je budak Najla ni. tapi ibunya kata sejak dia minum stok EBM sekali minum 9oz sebelum ni dia minum susu 7oz tak silap, tak padan kecil molek. hehe.Alhamdulillah, murah rezeki Abu Ayyub, Najla dan juga Kakak Yaya. hehe


Kenapa pilih deep freezer walaupun up right freezer yang jadi idaman qalbu sebelum ini?


♡ Anak-anak akan mudah buka (mereka penuh dengan sifat ingin tahu)
♥ Tiada frost
♡ Harga lagi mahal


Yang seronok beli deep freezer Hisense ni. Pernah terlupa tutup plug semasa nak balik kampung. Dalam tempoh lebih kurang 48jam. Susu ibu yang beku langsung tak terjejas suhunya. Masih beku sampai melekat jari. Cuma yang beberapa keping EBM di bahagian atas yang mula mencair tapi tak sampai 50% lagi.

Tapi frost kat tepi dinding deep freezer dah habislah. Frost juga yang membantu melambatkan pencairan susu beku tu. Kiranya kalau tiada bekalan elektrik setakat setengah hari lepas ni, saya tak perlu kalut balik rumah pindahkan susu dan sebagainya.^__^



KEPALA BATAS, PERAI, SET, VITAMIN, SEMULAJADI, SHAKLEE, PRODUK, MENYUSU, BERPANTANG, CONFINEMENT, RAMBUT, GUGUR, KULIT, CANTIK, JERAGAT, JERAWAT, KURUS, TAMBAH, TURUN, BERAT, BADAN, KANAK-KANAK, KIDS,, IQ, BOOSTER, SELESEMA, BATUK, DEMAM, DARAH, TINGGI, DIABETES, SAKIT, OTOT, SENDI, MASALAH, KESIHATAN, MIGRAIN, GASTRIK

2 comments:

Rizziela berkata... Reply Comment

Alhamdullillah..samalah sy dulu

Eima Omar berkata... Reply Comment

Sedih jugak. Husband pon suh sumbat dlm freezer sedia ade. Tingkat atas je dah penuh ebm saya, bawah utk ayam daging. Dah le peti ais mertua. Setiap ari susah hati

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry