Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Kisah Dr. Katoq

Kisah Dr. Katoq

Dr. Katoq!! Pelik je bunyinye kan. Tapi inilah nama favorite saya. hahaha. Hari ni cerita pasal Dr. Katoq pulak. Boleh pening kepala kamu semua asyik baca pasal kesihatan dan supplement Shaklee je kan^_^

Hmm..flash back balik story pasal Dr. Katoq ni. Ini semua gara-gara Kursus kat AITC hari tulah, suruh sangat guna nama glamour! Amboi salah kan orang lain pulak=P.

Amik ko!! Letak lagi nama Dr. Katoq. Dah jadi femes..hahaha..Semua tanya kenapa pilih Dr. Katoq. Korang nak tau sejarah nama tak berapa femes saya nih?. 

Inilah nama Desknote saya dulu sebelum dia mereput setelah berjasa kepada saya selama 7 tahun. Dulu Desknote sekarang laptop lah takpun notebook. Kalau salah mohon ampun. Ilmu IT tak berapa maju..Huhu..

Dah namanya pun Desknote beratnya pun macam komputer desk. 5kg tau, saya angkut ke hulu hilir, sampai memerah bahu. Tapi tahankan aje tau. Tak percaya? tanya la kawan-kawan saya dulu. Semua tak sanggup angkut desknote saya tu..sebab tu la saya jadi gagah..hahaha.. Tapi desknote tu terlalu banyak berjasa kepada saya sampai saya grad dan bekerja masih gunakan laptop tu juga (tak kira nak panggil laptop juga).

Ni la Desknote 5kg saya tau

Korang tau laptop saya tu takda bateri macam laptop sekarang ni. kalau nak beli bateri asing khas untuk desknote, guna pakai USB. Saya pun beli la. Tau berapa harganya? RM500 melayang tau tapi bateri tahan 4 jam je. Boleh la labu. Janji saya boleh buat kerja dengan aman.huhu. (mood jeles sebab teringat desknote adik beratnye 3kg je).


Ni la bateri untuk Desknote, nak pakai cucuk di USB port,
besar macam  bekas kek marble tau


Saya pilih nama Dr.Katoq sebab dulu saya nak jadi Doktor, dan memang dulu ambil aliran sains tulen dengan tambahan prinsip akaun. Cita-cita dah bagus, tapi memori otak ni lembab sangat la "speed"nya sebab tu la tak boleh jadi doktor. Hahaha. 

Tak dapat jadi doktor betul pun takpe lah sebab sekarang dapat jadi Doktor Shaklee. Bukan doktor mengubat orang ye, tapi orang yang bagi khidmat nasihat mengenai supplement semualajadi Shaklee. Dan saya sangat sayangkan kerjaya kedua ni sebagai Distributor Shaklee

Sebab apa?. Sebab saya sangat sukakan bidang kerjaya sebagai distibutor Shaklee ini. Mencabar, penuh penerokaan tetapi yang TERBAEKKK Tak Perlu keluar-keluar rumah cari ahli-ahli baru. Semua keuntungan adalah dari hasil jerih perih sendiri.^__^

Katoq pulak?. Asal usul Katoq ni sebenarnya dari perkataan KATAK. Kenapa saya namakan Desknote kesayangan; Dr. Katoq ni? Sebab nama yang comel tapi katak sebenar tak comel langsung. huhuhu. Katoq juga bermaksud pendiam & pemalu duduk bawah tempurung je keje dia. Kena sangat la dengan saya waktu tu. huhuhu.

Setakat ni sahaja saya update cerita Dr. Katoq. dah melalut jauh dah..Almaklum la dah pukul 2 pagi. Otak pun dah Ting Tong Ting Tong.

Nanti saya merepek lagi Okeyyy!!^__^



0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry