Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Mencari Anak Susuan Untuk Diberikan Susu Ebm

Saya ingin buat pengumuman di sini saya ingin mencari anak susuan untuk diberikan susu ebm saya. Kalau boleh saya ingin mencari anak yang ingin didermakan susu yang duduk disekitar kepala batas atau di negeri Pulau Pinang.

Jikalau mana-mana ibu bapa yang tinggal di semenanjung Malaysia mahukan EBM saya, saya juga sedia berikan.

Saya sedang menyusukan sepenuhnya anak kedua saya berumur 9 bulan kini seperti yang anda lihat di carta penyusuan di atas entry ini

Tujuan saya mahu berikan stok susu beku saya adalah kerana ada lebihan stok susuan (belum tamat tempoh ye) yang mana saya yakin di luar sana ramai lagi bayi-bayi yang memerlukan susu ibu. Juga termasuk ibu-ibu yang berhasrat untuk melengkapkan tempoh dua tahun penyusuan.

Sakit Kepala Lepas Balik Clearance Sales Kilang Marcoco

Hari ini tercapai juga hasrat nak ke kilang Marcoco Furniture yang terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan ni. Kilang perabot tu buat jualan murah dari 12hb Januari sampai 5 Februari 2015.

Kami pergi bertiga semua geng GIS. Hehe. Dengar kata semua pakat serhy kilang Marcoco tu. Macam murah sangat Jualan Gudang yang depa buat tu.

Hasil tinjauan mendapati harga memang murah dan berbaloi dengan kualiti. Mana nak dapat set meja makan RM1000++ dengan kualiti kayu yang baik dan berat. (Aku pun bukan pakar perabot~~~). Tapi kalau di kedai perabot biasa mahu harga satu set meja makan dalam RM3000+++

Yaya Dah Masuk Tadika Upin Ipin

Tahun 2015 ni merupakan tahun pertama anak saya mula bersekolah. Tadika je pun. hehe. Tapi mak anak sulung biasalah excited terlebih siap ambil cuti nak hantar dan tunggu anak seharian di sekolah.

Em, jangkaan saya tentula Yaya tak menangis. Tak macam maknya dulu-dulu. Walaupun sebelum ni dia kadang-kadang boikot tak nak pergi sekolah sebab nak sambung menyusu dengan mama (ada ka patut). hehe.

Hari pertama berjalan lancar. Eh tengok nak masuk tengahhari kita sorang ja mak yang tunggu anak. Nampak sangat engkau over jah. hehe. Tapi ada aku kisah. Pagi tadi dah pakai Ultimate Protection Whitening Lotion with SPF 15 itu tak tahu malu. muahaha.

Elehhhhh. mak-mak lain ada yang tak tunggu sebabnya takut anak menangis bila ibu bapa ada. (Buat sedap hati)

Hari pertama pelajaran pertama adalah belaajar cara bersila. Yaya memang tau bersila. Tapi tak biasa duduk bersila lama-lama. Balik rumah malam tu baru terasa lenguh-lenguh. Kesian anak mama ni. Tu la selalu duduk macam katak je. Atau dengan pengertian paling mudah. Anak mama mana penah duduk setempat dalam 1 jam. hehe..

Waktu rehat saya tengok rentak Yaya. Alhamdulillah. Sejuk perut mama. Dia tak nak pun ambil makanan dan minuman yang cikgu sediakan. Dia siap cakap tak nak. Yaya ada bekal makanan dan minum sendiri. Siap tunjuk dan cerita lagi. Bagus juga penangan cerita Timmy Time ni. hehe

Ok, hasil siasatan saya. Cewahhhh. Saya berpuas hati dengan persekitaran sekolah dan corak dan jadual pembelajaran sekolah Yaya. Abah yang pilih sekolah. Lagi sekali Abah juga menang pilih. Huh. Tak aci.

Okla Yaya sejak pergi sekolah. Teruja je hari-hari nak pergi sekolah. Tapiiii..nenen tetap nenen. hehe. Cuma nak latih dia agar senang bangun mandi pagi je. Al maklumla. Duduk rumah opah pukul 9-10 baru mandi. >_<

Pengalaman Susu Kurang Akibat Sibuk Pindah Rumah Dan Cara Banyakkan Susu Badan Semula

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pastinya saat susu badan merudum adalah saat yang paling sedih dan agak tertekan. Ianya adalah perkara biasa kerana semua ibu menyusukan anak mengalami saat-saat pengeluaran susu yang berkurang dalam tempoh sepanjang susukan anak masing-masing.
Begitu juga saya.

Walaupun orang melihat saya sebagai ibu yang punyai banyak susu, namun saya juga tidak ketinggalan mengalami saat-saat jumlah susu terkumpul kurang daripada biasa. Samaada semasa anak pertam mahupun saat sedang melengkapkan tempoh penyusuan untuk anak yang kedua ini.

Bezanya, saya lebih tenang saat mengalami kejatuhan pengeluaran susu badan dan tahu apa yang perlu dilakukan. Punca susu kurang adalah kerana 2-3 bulan sibuk dengan urusan pindah rumah. Pindah barang secara sedikit, ditambah dengan kesibukan bekerja dan menjaga anak kecil menuntut sepenuh tenaga dan perhatian.

Cara Jaga Kesihatan Wanita Persis Supermom

Bila dah berkahwin automatik tanggujawab dan tugas pun bertambah. Selalunya kerja sang isteri la yang bertambah biarpun tanggungjawab sang suami bertambah berat.

Masuk tahun depan lahir cinta hati yang tersayang. Bertambah ceria rumah tangga. Tapi ada golongan suami yang pura-pura tak nampak tambahan kekalutan dan kepenatan isteri masa ni.

Isteri kena urus rumah tangga, urus anak-anak, juga keluar bekerja. Masa isteri sangat terhad. Terkejar-kejar  Adakala diri sendiri terabai. Sedar tak sedar dah sipi-sipi macam Hantu Kak Limah.

Anak-anak nak perhatian. Masing-masing tunjuk perangai nak tarik perhatian. Suami balik rumah ada yang jenis tak fikir panjang terus marah isteri pemalas sebab rumah bersepah. Suami tak tau isteri tu makan pun belum. Nak duduk tarik nafas yang makin menyemput tak berkesempatan lagi. Langsung tak fikir kebajikan isteri.

Apalagi isteri bertambah hari bertambah penat, tugas tak berkurang makin bertambah. Tekanan makin meningkat. Suami balik tahunya goyang kaki tengok TV. Sedangkan isteri nak jeling TV pun tak sempat. Inilah sifat sebahagian suami yang kononnya berlagak bagai raja. Pura-pura buta akan tanggungjawab bersama menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak.



Siapa yang lebih letih sekarang?

Siapa yang Superkuat?. Suami atau isteri?



Nak tak nak isteri kena sihat dan kuat selalu. Apadia yang boleh bagi tambahan segera tenaga dan kesihatan yang optimum tanpa membahayakan diri dan anak yang masih menyusu badan


Rahsia Wanita Lebih Sihat Dan Kuat Dari Lelaki



Teknik Urutan Bayi Yang Betul Bayi Mudah Tidur

Teknik urutan yang betul dan lembut dapat memberi kesan tenang dan melegakan tekanan pada bayi terutama bayi yang baru lahir. Sentuhan tangan ibu atau bapa juga mampu membuatkan bayi berasa selamat dan tidak bimbang kerana dia dapat mengenal sentuhan dari ibu atau bapanya. Sekali gus membina keyakinan diri bayi.


Teknik Mengurut Bayi

Letakkan bayi di atas alas yang lembut dan selesa seperti dia tas tilam atau di atas riba kita. Urut secara lembut dan tenang sambil bercakap-cakap serta memandang bayi. Sebelum melakukan urutan gosok kedua-dua belah tangan kita sehingga teras suam sebelum mula mengurut. Seelok-eloknya proses mengurut dilakukan selepas bayi mandi. Mulakan urutan daru bahagian kepala bayi hingga ke kaki dengan sentuhan yang lembut dan sekata.



1. Urut Bahagian Kepala

Usap sisi muka bayi. Mulakan urutan dari bahagian tengah dahi membawa ke sisi dahi melewati ke kening, kemudian ke pipinya sebelum mengakhiri urutan kepala ini berhampiran telinganya.


2. Urut Bahagian Leher dan Bahu

Dari telinga, urut leher bayi dengan lembut hingga ke bahu, dan dari dagu ke dada, kemudian urut bahunya perlahan-lahan bermula dari leher ke luar.


3. Urut Bahagian Tangan

Usap bahagian tangan bayi dari bahu ke hujung jarinya. Menggunakan ibu jari dan jari-jari kita, picitkan perlahan-lahan tangannya dari bahu hingga ke pergelangan tangan dan tangan
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry