Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Pengalaman Setahun Genap Menyusukan Anak Kedua

Setahun Sudah Genap Menyusukan Abu Ayyub

Ahad lepas cukup setahun saya menyusukan Abu Ayyub. Kalaupun Adik tak boleh makan kek lagi (sebab mama tak bagi). Saya tetap nak buat acara potong kek kecil-kecilan. Kenapa?. Maksud tersiratnya, saya dah berjaya susukan Abu Ayyub sepenuhnya dengan susu badan saya. Tak tergambar dek kata-kata kepuasan seorang ibu menyusui anaknya.

Alhamdulillah, sepanjang setahun ni bekalan susu EBM yang saya pamkan untuk Abu Ayyub sentiasa lebih dari cukup. Deep freezer pulak kejap-kejap dah penuh. Siap ada dua orang anak susuan lagi. Dan kalau dicampur dengan yang anak susuan yang pertama, ada tiga orang semuanya. 

Cuma yang ketiga tu dah tak dapat nak ambil stok EBM sebab dah pindah ke Shah Alam dan memang jaranglah nak dapat datang ke sini. Sebab tiada saudara mara di Penang ni.



Fully, Full, Breastfeed, Breastfeeding, Susukan, Susu, Susui, Nenen, Minum, Banyak, Sepenuhnya,


Pengalaman Sepanjang Setahun Menyusukan Abu Ayyub

Pengalaman kedua pun, tapi setiap anak tu ada keunikkannya yang tersendiri. Pengalaman semasa menyusukan Yaya hingga dua tahun dan bersambung hingga kini lain, dan pengalaman menyusukan Abu Ayyub pula ada kelainannya. Yang pasti, dua-dua anak berikan pengalaman terhebat buat saya.

Nak cerita Adik minum susu badan banyak macam tanggapan orang yang bayi lelaki minum banyak tak juga. Adik minum 3.5oz setiap kali darab 4-5 botol selama duduk kat rumah Opah lebih kurang 11 jam lamanya. Itupun ada masa cepat habis, ada masa dekat sejam baru habis. Hehe

Set Kehamilan, Set Berpantang, Set Menyusu, Shaklee
Selepas Dilahirkan dengan berat 3.49kg


Tiada isu di sini dia tak sukakan susu ibu yang saya beri ek. Adik cepat kenyang. Suami cakap sebab mama dia makan Vitamin Menyusu Shaklee. ^__^. Dan sel-sel otak Adik sedang berhubung jadi adik sangat suka bermain, nak tengok sana sini. hehe. Dan corak dia menyusu menyusu-rehat-menyusu-rehat balik. Tak kisahlah Dik. Janji Adik sihat dan tak kurus.


Vitamin, Ibu, Susu, Badan, Bayi, Abu Ayyub, sihatmacamyaya
Cukup Setahun (Ihsan cameraman si Kakak Yaya) itu nampak kepala lagi besar dari badan..hehe


Bayi Tak Suka Minum Susu Melalui Botol

Hmmmm. Bab ni Abu Ayyub lebih demand dari Yaya. Hampir semua brand saya dah beri dia cuba, Mimi Jumi, Tommy Tippie, Avent, Puku, Mam, eh tak ingat dah brand apa lagi bagi Adik cuba. Tapi akhirnya Adik serasi dengan puting Silicon Peristaltic Nipple (Normal Neck) brand Pegion. 

Ha, lepas tu belilah 6 botol Fiffy dan 6 puting Pegion yang Adik suka tu untuk isi siap-siap 3.5oz stok susu mama. Jadi Opah pun mudahlah, tak payah keluar tenaga dan buat step yang banyak. Cuma rendam air panas je dan tunggu dalam 3-5 minit nak bagi suhu susu suam.


Kes Susu Badan Sikit

Ada tu adalah, sebab ikut emosi kita, pemakanan kita, kurang minum air putih, kurang ambil kalsium, protein dan pelbagai sebab lagi. Tapi! Ada tapi lagi tu, ngeeee. Tapi tiadalah sampai 1 oz macam masa menyusukan Yaya dulu. 

Sekarang kalau kata susu berkurang pun tak nampak beza sangat, setakat beza 0.5-1oz sahaja dari kebiasaan setiap kali pam 5-6oz. Ha, besar bezanya bila ambil suplement dari awal.

Dan ianya tak sepanjang hari tau berkurang tau. Macam graf ada turun naik-turun naik yang tak terlalu ketara. Serta hasil pam seharian tu masih lebih dari cukup dan boleh dibuat stok EBM lagi.



Betulkah Makan Shaklee Susu Badan Banyak?

Sebab ramai sangat yang bertanya pada saya. Dan untuk berlaku jujur dan bukan ingin menjual. Saya kata Ya, Shaklee bantu banyakkan susu badan saya. Bagaimana?


6 Sebab Utama Bagaimana Vitamin Menyusu Bantu Banyakkan Susu Badan Saya

  • Memberi tenaga tambahan seharian. Bila ada tenaga, cukup masa nak mengepam susu je tetap rajin.
  • Tak mudah letih. Saya perasan bila saya letih, susu akan berkurang, sebaliknya bila bertenaga, hasil susu yang dipam pun meriah
  • Sumber tambahan kalsium dan protein dari supplement Shaklee seperti ESP, Ostematrix dan Alfalfa Complex membantu penghasilan susu badan yang berkualiti dan banyak.
  • Tapi makan apapun tak guna kalau kita jarang mengepam susu badan. Kena ikut peraturan setiap 2-3jam kena pam
  • Vitalea, B Complex dan SR Vita-C Plus membantu meningkatkan tahap kesihatan saya. Bila jatuh sakit, susu badan akan berkurang disebabkan sel-sel tubuh memerlukan ransangan tambahan dari vitamin dan mineral untuk menguatkan sistem imun yang sedang melawan jangkitan virus, bakteria dan kuman serta untuk tujuan pemuliharaan sel-sel yang rosak.
  • B Complex sangat membantu menstabilkan emosi dan mengurangkan stress. Serius bila emosi sedih, marah, stress dan pelbagai jenis lagi emosi yang negatif menyumbang kepada pengurangan pengeluaran susu ibu.


Bukti Hebatnya Susu Ibu

Ada tiga perkara yang buat saya dan suami sangat menghargai keistimewaan susu ibu

Mata Bertahi dan Sentiasa Berair

Abu Ayyub selepas dilahirkan mata kanannya asyik bertahi dan berair sahaja. Awalnya ingatkan disebabkan jaundis. Tapi selepas jaundis pulih, matanya tetap bertahi dan berair. Bubuh air susu ibu, agak berkurang juga. Tapi sesekali apabila teringat..hehe

Ingatkan lepas Abu Ayyub 3 bulan masalah mata berair dan sentiasa bertahi itu akan pulih. Tapi tak jugak. Lepas tu bila dibawa berjumpa pakar kanak-kanak baru tahu. Kelopak mata sebelah kanan belum cukup sempurna untuk mengalirkan lebihan air mata. Sebab tu sentiasa berair. Dan akan sempurna bila umur setahun

Doktor bagi ubat mata, tapi saya tak beri pun. Suami bising kalau saya tak disiplin sapukan air susu ibu sebab saya tak mahu beri sebarang ubat walaupun untuk luaran pada Abu Ayyub. Saya janji dengan suami ni, lepas ni lebih rajin 3 kali sehari sapukan air susu saya sendiri pada Adik.

Alhamdulillah tak sampai sebulan lepas tu. Tak ingat dah. Dalam dua minggu je kot. Mata berair adik pulih sepenuhnya. Itulah, kejap buat kejap tak lagi sebelum ni, kesian kat adik T__T


Bila Sakit Demam, Selesema Batuk

Tak pernah beri ubat pada Adik. Itulah hakikatnya melainkan suntikan vaksin berjadual. 

Abu Ayyub hanya minum susu ibu dengan kerap kalinya apabila jatuh sakit. Sejak kakak bersekolah tadika, kerap si kakak kena jangkitan selesema dan batuk. Dan beberapa kali akan berjangkit dengan si adik. 

Tapi keadaan Abu Ayyub tak pernah lebih teruk selalunya ringan sahaja. Kalau demam cepat je baik dalam masa sehari je. Saya perhatikan antibodi adik lebih kuat. Walaupun tak pernah ambil antibiotik seumur hidup dia lagi.


Susu Badan Memang Menjimatkan Poket

Ramai orang cakap menyusu badan ni jimat. Apa yang jimatnya?

  • Jimat duit nak beli susu tepung. Jenama paling murah yang saya tahu dalam RM30 lebih. kali dengan 3-4 pek sebulan. Mahu untuk susu je kena peruntuk RM100 lebih, belum pampers, upah pengasuh, belum lain-lain maintenance anak lagi.
  • Jimat duit pampers. Sebulan Abu Ayyub guna 1 pek pampers sahaja di rumah opah bersamaan 3-4 kali nappy changers sehari. Opah lebih suka dan senang guna pampers. Jadi ikut ajelah walau dalam hati teringin sangat nak pakaikan cloth diapers
  • Jimat duit perubatan. Banyakkan beri susu badan sahaja bila jatuh sakit. Bukan berkira keluarkan duit pergi klinik, Tapi lebih tak sanggup tengok anak makan ubat setiap kali sakit 
  • Jimat duit nak beli botol dan puting baru. Sebab lebihan lemak susu ibu lebih senang dibersihkan guna berus span sepenuhnya. Saya tukar botol 6 bulan sekali.
  • Jimat duit tak perlu melabur banyak sangat nak beli buah-buahan untuk elakkan sembelit. Selain susu badan yang takkan buat bayi sembelit. Pengenalan makanan => 4 days rules sangat membantu kenal pasti makanan yang tidak serasi dengan bayi.
  • Tak perlu pening-pening nak tukar-tukar susu yang berasaskan sayur-sayuranlah, free sukrosa bagailah, untuk elakkan anak sembelit. Kan membazir setin susu tak habis guna dah kena tukar susu lain. Kalau ibu bapa suka minum susu tak mengapalah.



Banyak dah kongsikan pengalaman plus perasaan saya ni. Setakat ni aje. Lepas ni akan bersambung ceritanya sebab ada lebih kurang setahun lagi perjalanan nak dapatkan Phd in Fully Breastfeeding. Doakan saya berjaya ya.


Atiqah Aziz
Wassap: 012-5770682
Facebook: Atiqah Aziz
Emel: atiqahaziz84@gmail.com


1 comments:

Aisyah Ghazi berkata... Reply Comment

Hi admin. Thx for sharing. Good entry this time. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry